Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful: Ukur Badan Anda!

Premium Beautiful: Ukur Badan Anda!

Pemeteraian Perjanjian di antara Kumpulan Hai-O Dengan KAEAM Food Corporation.

Pada hari Jumaat, 6 April 2012 yang lalu, satu majlis Menandatangani Perjanjian "Global Exclusive Distributorship" telah diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang, Subang Jaya di antara Kumpulan Hai-O Dengan KAEAM Food Corporation. Perjanjian ini sangat bermakna dan penting kepada Kumpulan Hai-O dalam usaha memperluas pemasaran Hai-O Garam Buluh sebagai produk kesihatan yang bermutu tinggi dan terunggul di seluruh dunia. Dengan termeterainya perjanjian ini, Kumpulan Hai-O menjadi pengedar tunggul untuk satu-satunya garam buluh asli di Malaysia dan seluruh dunia.


Garam buluh keluaran KAEAM Foor Corporationa dalah bahan organik yang bersifat alkali dan kaya dengan lebih 70 jenis mineral berbanding garam biasa. Bahan mentah untuk menghasilkan garam buluh KAEAM adalah garam laut dari pantai barat Korea yang tidak tercemar. Buluh yang digunakan adalah bermutu tinggi kerana tumbuh di negara yang beriklim empat musim. Garam laut dimasukkan ke dalam buluh dan duitutup dengan tanah liat kuning yang diambil 20 meter dari bawa tanah dan dibakar berulang-ulang kali pada suhu melebihi 1000 darjah Celcius di dalam relau.


Kayu pain yang tumbuh subuh di kawasan tidak tercemar digunakan sebagai bahan bakar. Semasa proses pembakaran, garam laut akan menyerap lebih daripada 200 jenis unsur-unsur mikro yang terkandung dalam buluh. Antara kandungan mineral termasuklah magnesium, kalsium, kalium, tembaga, besi dan sebagainya yang amat diperlukan oleh badan manusia. Kesemua unsur mikro dan bahan mineral ini tidak terdapat dalam garam biasa yang berada di pasaran.


[Sumber: Dipetik dari Buletin Hai-O Futuristik, Bil. 90]

Herba Maharani

Sejarah herba maharani:

Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah herba tradisional yang istimewa dengan formula eksklusif untuk kegunaan maharani pada zaman zilam. Maharani China yang menggunakan herba tradisional ini adalah Maharani Ci Xi, seorang permaisuri yang cantik dan sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan.

Keberkesanan:
1. Menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid dan mengawal keputihan.
2. Melegakan ketidakselesaan kitaran haid dan putus haid
3. Menyelaras rembesan endokrin dan sistem pembiakan wanita
4. Menguatkan tenaga dan stamina

Siapa yang patut mengambil Herba Maharani:
Herba Maharani sesuai untuk golongan wanita yang mempunyai masalah seperti kitaran haid yang tidak teratur, keputihan, sengugut, kelesuan pinggang dan lutu, kekurangan tenaga dan darah, pendarahan dalam rahim dan sebagainya. Ia juga sesuai diambil oleh golongan lelaki.

Perbandingan di antara garam biasa dengan garam Buluh Hai O


Selama ini, garam sering dikaitkan sebagai salah satu punca masalah kesihatan. Sebenarnya, garam yang dimaksudkan adalah GARAM PROSES dan bukannya GARAM SEMULAJADI. Disebabkan pencemaran laut yang serius, garam tidak lagi dihasilkan melalui proses penjemuran semula jadi tetapi melalui proses elektrolisis.


Walaupun proses elektrolisis dapat menyingkirkan segala kotoran dan bendasing yang terkandung di dalam garam, namum ia turut menyingkirkan unsur-unsur mineral yang penting untuk kesihatan. Maka, garam yang terhasil adalah garam yang hanya mengandungi natrium klorida semata-mata. Kandungan natrium klorida yang tinggi inilah yang menjejaskan kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan dalam jangka masa yang panjang.


Sebaliknya, GARAM BULUH adalah kaya dengan unsur-unsur mikro dan bahan mineral yang penting untuk kesihatan. Khasiat dan keistimewaan ini adalah hasil daripada proses pembakaran yang berulang-ulang kali. Maka, garam bulu adalah antara pilihan garam semulajadi yang terbaik.



Di bawah adalah beberapa perbezaan ketara di antara garam biasa dan garam buluh Hai-O. Info ni saya ambil daripada Buletin Hai-O untuk dikongsi bersama.


Saya sendiri pun sudah menggunakan Garam Buluh Hai-O ni...tak terjadi lagi isu masakan terlampau masin, tetapi semakin sedap, dan tak perlu risau lagi mengenai penyakit yang berpunca daripada garam ni. Sekarang ni nak mencari produk pengganti gula pula...

Berat : 200g
Ramuan utama : Garam Buluh
Harga sebotol : RM 53.00

Harganya tak mahal jika dibandingkan dengan khasiat dan kebaikannya untuk jangka masa panjang.

Keberkesanan:

  • Menyingkirkan toksin dalam badan (cth: logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisma, keracunan asid dan radikal bebas).
  • Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul di dalam usus.
  • Membekalkan bahan mineral dan elemen surih kepada badan manusia.
  • Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
  • Menyelaras keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
  • Meningkatkan daya pemulihan badan.

Email aznyjournal@yahoo.com untuk tempahan!!

Makanan Seimbang

Saya telah membaca satu artikel daripada lawan web http://kesihatan.biz/blog/makanan-seimbang.htm dan sangat menarik perhatian. Jadi, saya pun copy and paste artikel tersebut untuk tatapan anda semua. Selamat membaca!

Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.

Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?

Saya cuba analisa pola pemakanan saya semasa hari berkerja untuk tengok sama ada saya dapat memenuhi keperluan tersebut:

Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.
Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.
Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.

Nampaknya pola pemakanan harian saya tidak memenuhi keperluan pemakanan seimbang. Saudara/ri camner?

Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.

Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.

Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.

Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak dapatlah. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan.

Sumber grafik: Kementerian Kesihatan Malaysia
www.nutrition.moh.gov.my

Fungsi Setiap Penapis di dalam Bio Aura

Bio Aura Hi-Tech Water System mengandungi 6 penapis yang direka bagi menjalankan fungsinya yang tersendiri untuk membekalkan sumber air yang berkualiti.


PENAPIS A : MEMBERSIH

Liang yang berasaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Ia dapat menapis dan menyingkir bahan-bahan pencemar seperti kulat, kotoran, pasir, lumpur dan bakteria.


PENAPIS B : MENGHILANGKAN BAU

Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotoran yang lain bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.


PENAPIS C : MENSTABIL & MEMPERKAYAKAN MINERAL

Blok karbon aktif yang memenuhi piawaian NSF dan penukar ion berlogam KDF dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia disamping mengawal kestabilan air, bakteria dan alga. Unsur resin pula melembutkan molekul air dan memberi kesan bagi menghasilkan bahan-bahan mineral.


PENAPIS D : SELAMAT

Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.


PENAPIS E : BERTENAGA

Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada molekul air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen di dalam badan.


PENAPIS F : BERALKALI

Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air supaya lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisma, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detksifikasi.

Hai-O Bamboo Salt Premier Drink untuk masalah kegatalan kulit.

Produk Hai-O Bamboo Salt sesuai untuk menyelesaikan masalah ini kerana sifat menyahtoksin yang baik.

Cara pengambilan : Ambil sebungkus Hai-O Bamboo Salt Premier Drink, dicampur dengan air suam (~200 ml) dan minum sekali pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan malam (sebelum tidur) = 2 kali sehari. Pada masa yang sama, sapukan air garam buluh pada tempat gatal & tempat bertumbuhnya biji-biji kulit untuk membantu membasmi kuman.

Penggunaan air garam buluh secara dalaman dan luaran akan membantu menyelesaikan masalah kulit dengan berkesan.

Berat : 5g x 40 bungkus
Ramuan Utama : Garam Buluh
Harga sekotak : RM 128.00

PENGEDAR DIPERLUKAN!!
Pendaftaran: RM50 sahaja.
Harga dan insentif istimewa untuk Pengedar!!
Email saya untuk maklumat lanjut aznyjournal@yahoo.com

Status Halal Maharani??

Produk Maharani ‘Te Zhi Bai Feng Wan’ dibuat di China dan pihak pengilang telah pun memperoleh status HALAL daripada badan Islam di China, iaitu China Islamic Association, Beijing.

Untuk makluman, China Islamic Association, Beijing adalah badan Islam yang diiktirafkan oleh Jakim, Malaysia.

Anda boleh melayari laman web berikut :
http://www.halaljakim.gov.my dan cari seksyen Badan Islam untuk China.




Cara pengambilan Maharani.

Berikut adalah cara pengambilan Herba Maharani mengikut keadaan yang berlainan :

1.Untuk penjagaan kesihatan, mengambil selepas period dengan 1 biji bola selama 6 hari.

2.Jika badan lemah, mengambil selepas period dengan 1 biji bola selama 12 hari atau 2 biji bola selama 5- 10 hari.

3.Untuk Peredaran haid yang tidak tetap, mengambil pada hari ke-6 period dengan 1 atau 2 biji bola selama 20 hari.

4.Jika berlaku ketidakselesa semasa period, mengambil 14 hari sebelum period dengan 1 atau 2 biji bola selama 14 hari.

5.Selepas melahirkan anak, mengambil seminggu selepas melahirkan anak dengan 1 biji bola selama 10- 14 hari.

Nota :

1. Setiap bulan makan selama 5-10 hari dan kesan produk boleh dirasai selepas 2/ 3 bulan.

2. Jika rasa badan ‘panas’ selepas makan, anda boleh menggunakan satu daripada cara
alternatif yang berikut :

(a) minum air garam
(b) makan separuh biji (25 biji kecil) setiap kali

[sumber : http://dre.hai-o.com.my/]


PENGEDAR DIPERLUKAN!!
Pendaftaran: RM50 sahaja.
Harga dan insentif istimewa untuk Pengedar!!
Email saya untuk maklumat lanjut aznyjournal@yahoo.com

Bio Aura dan Garam Buluh untuk pesakit buah pinggang?? (part 2)

Hasni Says:

Hi..susulan daripada soalan saya berkenaan kesan air bio aura kepada pesakit dialisis iaitu ayah saya sendiri yang telah 10 tahun menjalani hemodialisis. Apabila dia minum air itu dia dapati keadaan badannya makin berisi/kembang sehinggakan cincin yang biasa dia pakai tak muat. Tetapi bila ayah saya timbang dengan mesin penimbang biasa yang ada kat rumah, berat badannya tak bertambah. Kenapa?


Apabila badannya menjadi berisi ini menyebabkan dia takut untuk minum air bio aura itu lagi kerana takut terjadinya sesak nafas. Apa yang perlu saya katakan (advice) supaya dia terus minum air itu. Dan bagaimana kesan Garam Buluh Hai-O ke atas pesakit hemodialisis? Tolong lah jelaskan……TQ

Chinese Physician answer:

1.Jika selepas minum air Bio-Aura, didapati pesakit yang menjalani dialisis badannya semakin berisi/ kembang sehingga cincin yang biasa dipakai tidak muat lagi, namun berat badannya tidak bertambah selepas timbang dengan mesin penimbang. Kenapa?

Punca hemodialisis adalah disebabkan oleh penyakit ginjal. Penyakit ginjal juga mungkin disebabkan oleh penyakit kencing manis (diabetes) yang bertahun-tahun lama, atau penyakit tekanan darah tinggi yang lama atau juga disebabkan oleh masalah sakit prostat dan sebab-sebab yang lain.

Biasanya, orang yang menjalani hemodialisis tidak digalakkan untuk minum air yang terlalu banyak. Ini adalah kerana fungsi buah pinggang sudah lemah atau tidak dapat berfungsi untuk membersihkan darah dan membuangkan air (kencing) melalui sistem pembuangan air kencing. Jadi, sebelum menjalani hemodialisis, air berlebihan akan tertinggal dalam sel-sel badan dan menyebabkan badan semakin berisi tetapi berat badan tidak bertambah. Sungguhpun air Bio-Aura baik untuk menjaga kesihatan badan seseorang, tetapi untuk pesakit penyakit ginjal, dia perlu mengurangkan sukatan air yang diminum.

Sesak nafas yang dialami juga disebabkan oleh masalah air yang berlebihan yang terkumpul dalam sel badan. Jika boleh, pesakit juga digalakkan untuk membuat senaman ringan (berjalan-jalan di kawasan rumah).

Biarpun minum air Bio-Aura, tetapi pesakit penyakit ginjal masih perlulah meneruskan rawatan dialisis untuk membantu badan menyingkirkan air.

2. Bagaimana garam buluh membantu pesakit yang menjalani dialisis?

Garam buluh dapat mengimbangkan kadar elemen mikro dengan mengekalkan bahan mineral keperluan badan kita. Keseimbangan antara kalium & natrium dapat mengurangkan keadaan badan berisi/ kembang. Ini adalah kerana garam buluh mengandungi pelbagai garam organik untuk mengekalkan keseimbangan mineral badan untuk mengurangkan keadaan badan berisi.

Untuk pesakit penyakit ginjal, pengambilan air mestilah mengikut sukatan yang sesuai (perlu mengikut nasihat doktor). Garam buluh boleh diambil mengikut sukatan yang sesuai. Sebaiknya bermula dengan menggunakan Bamboo Salt (Premier Cooking Salt Powder) untuk memasak lauk pauk. Kandungan garam yang tertentu dikekalkan dalam badan untuk mengekalkan fungsi-fungsi badan yang normal.

[sumber : http://dre.hai-o.com.my/]

Bio Aura dan Garam Buluh untuk pesakit buah pinggang?? (part 1)

Hasni says:

Hai…saya sudah baca berkenaan ‘air’ dari filter bio aura yang terbaru. Soalan saya bolehkah pesakit yang telah menjalani hemodialisis selama 10 tahun meminum air ini? Apakah kesan baik dan kesan buruk terhadapnya? Tolong terangkan secara terperinci…tq

Chinese Physician answer:

Sekiranya pesakit telah menjalankan dialisis, adalah dinasihatkan supaya meminum air bio aura dengan kadar sukatan yang telah dinasihati oleh doktor.

Meminum air bio aura adalah lebih baik untuk pesakit ini, kerana tahap kealkalian air yang tinggi dan tidak mengandungi klorin serta semua logam berat telah ditapis sepenuhnya. Selain dari menapis logam berat, bio aura, mengekalkan mineral semulajadi air.

Pesakit buahpinggang biasanya dihadkan meminum air, sekiranya beliau meminum air masak atau air r.o, yang tidak mempunyai mineral, pesakit akan berasa letih, air bio-aura yang bermineral akan membantu menstabilkan nutrien, disamping memudahkan penyerapan nutrien kedalam sel.

Adalah dinasihatkan pesakit mengamal meminum air bio aura mengikut sukatan yang dinasihatkan oleh doktor, disamping mengamalkam pengambilan “Garam buluh Hai-O” yang telah berjaya membantu begitu ramai pesakit buah pinggang.

Kami mendoakan kesihatan pesakit akan bertambah baik.

[sumber : http://dre.hai-o.com.my/]