Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful: Ukur Badan Anda!

Premium Beautiful: Ukur Badan Anda!

Makanan Seimbang

Saya telah membaca satu artikel daripada lawan web http://kesihatan.biz/blog/makanan-seimbang.htm dan sangat menarik perhatian. Jadi, saya pun copy and paste artikel tersebut untuk tatapan anda semua. Selamat membaca!

Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.

Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?

Saya cuba analisa pola pemakanan saya semasa hari berkerja untuk tengok sama ada saya dapat memenuhi keperluan tersebut:

Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.
Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.
Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.

Nampaknya pola pemakanan harian saya tidak memenuhi keperluan pemakanan seimbang. Saudara/ri camner?

Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.

Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.

Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.

Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak dapatlah. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan.

Sumber grafik: Kementerian Kesihatan Malaysia
www.nutrition.moh.gov.my

Fungsi Setiap Penapis di dalam Bio Aura

Bio Aura Hi-Tech Water System mengandungi 6 penapis yang direka bagi menjalankan fungsinya yang tersendiri untuk membekalkan sumber air yang berkualiti.


PENAPIS A : MEMBERSIH

Liang yang berasaiz 0.9 mikron mencapai tahap penapisan sehingga 99.999%. Ia dapat menapis dan menyingkir bahan-bahan pencemar seperti kulat, kotoran, pasir, lumpur dan bakteria.


PENAPIS B : MENGHILANGKAN BAU

Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, warna, rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotoran yang lain bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.


PENAPIS C : MENSTABIL & MEMPERKAYAKAN MINERAL

Blok karbon aktif yang memenuhi piawaian NSF dan penukar ion berlogam KDF dapat menapis unsur logam berat, klorin, pencemar kimia disamping mengawal kestabilan air, bakteria dan alga. Unsur resin pula melembutkan molekul air dan memberi kesan bagi menghasilkan bahan-bahan mineral.


PENAPIS D : SELAMAT

Memenuhi Piawaian Keselamatan Antarabangsa. Memiliki fungsi penyerapan yang tinggi, berupaya untuk menyerap atau menyingkirkan unsur logam berat, bahan-bahan radioaktif, bahan kimia dan racun serangga.


PENAPIS E : BERTENAGA

Teknologi penukar tenaga memecahkan molekul air kepada molekul air yang lebih kecil secara berkesan supaya dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan manusia. Lebih-lebih lagi, ia meningkatkan kapasiti air untuk membekalkan kandungan oksigen di dalam badan.


PENAPIS F : BERALKALI

Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air supaya lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisma, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detksifikasi.