Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful: Ukur Badan Anda!

Premium Beautiful: Ukur Badan Anda!

Bio Aura dan Garam Buluh untuk pesakit buah pinggang?? (part 2)

Hasni Says:

Hi..susulan daripada soalan saya berkenaan kesan air bio aura kepada pesakit dialisis iaitu ayah saya sendiri yang telah 10 tahun menjalani hemodialisis. Apabila dia minum air itu dia dapati keadaan badannya makin berisi/kembang sehinggakan cincin yang biasa dia pakai tak muat. Tetapi bila ayah saya timbang dengan mesin penimbang biasa yang ada kat rumah, berat badannya tak bertambah. Kenapa?


Apabila badannya menjadi berisi ini menyebabkan dia takut untuk minum air bio aura itu lagi kerana takut terjadinya sesak nafas. Apa yang perlu saya katakan (advice) supaya dia terus minum air itu. Dan bagaimana kesan Garam Buluh Hai-O ke atas pesakit hemodialisis? Tolong lah jelaskan……TQ

Chinese Physician answer:

1.Jika selepas minum air Bio-Aura, didapati pesakit yang menjalani dialisis badannya semakin berisi/ kembang sehingga cincin yang biasa dipakai tidak muat lagi, namun berat badannya tidak bertambah selepas timbang dengan mesin penimbang. Kenapa?

Punca hemodialisis adalah disebabkan oleh penyakit ginjal. Penyakit ginjal juga mungkin disebabkan oleh penyakit kencing manis (diabetes) yang bertahun-tahun lama, atau penyakit tekanan darah tinggi yang lama atau juga disebabkan oleh masalah sakit prostat dan sebab-sebab yang lain.

Biasanya, orang yang menjalani hemodialisis tidak digalakkan untuk minum air yang terlalu banyak. Ini adalah kerana fungsi buah pinggang sudah lemah atau tidak dapat berfungsi untuk membersihkan darah dan membuangkan air (kencing) melalui sistem pembuangan air kencing. Jadi, sebelum menjalani hemodialisis, air berlebihan akan tertinggal dalam sel-sel badan dan menyebabkan badan semakin berisi tetapi berat badan tidak bertambah. Sungguhpun air Bio-Aura baik untuk menjaga kesihatan badan seseorang, tetapi untuk pesakit penyakit ginjal, dia perlu mengurangkan sukatan air yang diminum.

Sesak nafas yang dialami juga disebabkan oleh masalah air yang berlebihan yang terkumpul dalam sel badan. Jika boleh, pesakit juga digalakkan untuk membuat senaman ringan (berjalan-jalan di kawasan rumah).

Biarpun minum air Bio-Aura, tetapi pesakit penyakit ginjal masih perlulah meneruskan rawatan dialisis untuk membantu badan menyingkirkan air.

2. Bagaimana garam buluh membantu pesakit yang menjalani dialisis?

Garam buluh dapat mengimbangkan kadar elemen mikro dengan mengekalkan bahan mineral keperluan badan kita. Keseimbangan antara kalium & natrium dapat mengurangkan keadaan badan berisi/ kembang. Ini adalah kerana garam buluh mengandungi pelbagai garam organik untuk mengekalkan keseimbangan mineral badan untuk mengurangkan keadaan badan berisi.

Untuk pesakit penyakit ginjal, pengambilan air mestilah mengikut sukatan yang sesuai (perlu mengikut nasihat doktor). Garam buluh boleh diambil mengikut sukatan yang sesuai. Sebaiknya bermula dengan menggunakan Bamboo Salt (Premier Cooking Salt Powder) untuk memasak lauk pauk. Kandungan garam yang tertentu dikekalkan dalam badan untuk mengekalkan fungsi-fungsi badan yang normal.

[sumber : http://dre.hai-o.com.my/]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan