Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful Price

Premium Beautiful: Ukur Badan Anda!

Premium Beautiful: Ukur Badan Anda!

Pemeteraian Perjanjian di antara Kumpulan Hai-O Dengan KAEAM Food Corporation.

Pada hari Jumaat, 6 April 2012 yang lalu, satu majlis Menandatangani Perjanjian "Global Exclusive Distributorship" telah diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang, Subang Jaya di antara Kumpulan Hai-O Dengan KAEAM Food Corporation. Perjanjian ini sangat bermakna dan penting kepada Kumpulan Hai-O dalam usaha memperluas pemasaran Hai-O Garam Buluh sebagai produk kesihatan yang bermutu tinggi dan terunggul di seluruh dunia. Dengan termeterainya perjanjian ini, Kumpulan Hai-O menjadi pengedar tunggul untuk satu-satunya garam buluh asli di Malaysia dan seluruh dunia.


Garam buluh keluaran KAEAM Foor Corporationa dalah bahan organik yang bersifat alkali dan kaya dengan lebih 70 jenis mineral berbanding garam biasa. Bahan mentah untuk menghasilkan garam buluh KAEAM adalah garam laut dari pantai barat Korea yang tidak tercemar. Buluh yang digunakan adalah bermutu tinggi kerana tumbuh di negara yang beriklim empat musim. Garam laut dimasukkan ke dalam buluh dan duitutup dengan tanah liat kuning yang diambil 20 meter dari bawa tanah dan dibakar berulang-ulang kali pada suhu melebihi 1000 darjah Celcius di dalam relau.


Kayu pain yang tumbuh subuh di kawasan tidak tercemar digunakan sebagai bahan bakar. Semasa proses pembakaran, garam laut akan menyerap lebih daripada 200 jenis unsur-unsur mikro yang terkandung dalam buluh. Antara kandungan mineral termasuklah magnesium, kalsium, kalium, tembaga, besi dan sebagainya yang amat diperlukan oleh badan manusia. Kesemua unsur mikro dan bahan mineral ini tidak terdapat dalam garam biasa yang berada di pasaran.


[Sumber: Dipetik dari Buletin Hai-O Futuristik, Bil. 90]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan